Masa

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihat untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" Al-'Asr : 1 - 3.

Khamis, 28 Februari 2019

Shuren Shoppe - Rasulullah Model Usahawan Berjaya

SHUREN SHOPPE
RASULULLAH MODEL USAHAWAN BERJAYA


Peribadi, akhlak dan gaya hidup Rasulullah s.a.w. sungguh mempesonakan dan padanya contoh teladan terbaik yang dapat dijadikan ikutan dalam kehidupan seharian kita. Hadirnya Rasulullah s.a.w. bukan sahaja membawa rahmat kesekelian alam tetapi baginda juga mengajar kita menjadi manusia yang taat kepada Allah s.w.t. Seperti firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran.
“Sesungguhnya, telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab, ayat 21)
 Rasulullah s.a.w. bukan hanya penegak agama tetapi juga seorang pemimpin yang bijak, pahlawan perang yang hebat, ketua keluarga yang adil, sahabat yang setia, suami yang penyayang dan juga usahawan yang berjaya menghasilkan keuntungan yang banyak. Keperibadian baginda cukup lengkap untuk kita teladani.

Apabila kita kembali kepada sirah dan riwayat kehidupan Rasulullah s.a.w. baginda telah menceburi bidang perniagaan sewaktu usia muda lagi bersama bapa saudaranya Abi Talib. Beliau bermusafir ke Syam untuk menjalankan perniagaan. Ketika itulah baginda dilatih dan diasuh oleh bapa saudaranya tentang ilmu perniaagaan. Walaupun, baginda tidak mempunyai modal yang banyak, baginda mengambil upah daripada peniaga-peniaga Mekah.
Perniagaan yang dijalankan Rasulullah s.a.w. atas dasar kejujuran dan reputasi akhlak yang mulia, ramai yang menjadikan baginda sebagai rakan kongsi dalam perniagaan termasuklah Khadijah binti Khuwailid, isteri baginda sendiri. Khadijah mengahwini Rasulullah s.a.w. juga kerana terpesona dengan akhlak yang mulia baginda ketika menjalankan perniagaan. Berbekalkan akhlak terpuji ketika berniaga, baginda menjadi usahawan yang berjaya dan disegani oleh masyarakat arab. Sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu Al-Amin (yang dipercayai).
Rasulullah s.a.w. juga terkenal dengan sikap dermawan, baginda telah membelanjakan seluruh hartanya untuk agama. Baginda selalu mengutamakan orang lain dahulu berbanding dirinya sendiri dan tidak pernah merasa takut jatuh miskin. Begitu juga isterinya khadijah, khadijah merupakan wanita usahawan yang kaya di tanah arab. Setelah berkawin dengan baginda, beliau telah membelanjakan harta kekayaannya untuk berdakwah di jalan Allah s.w.t.
Jadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh usahawan yang terulung di dalam perniagaan kita. Perniagaan bukan sahaja sunnah nabi. Malah, jadikan perniagaan kita sebagai asbab untuk kita kaya didunia dan juga diakhirat.
Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat serta mempunyai skill yang tinggi di mana kita boleh jadikan ia sebagai modal untuk kita menjalankan perniagaan.  
1. Tidak Pernah Berdebat
Rasulullah dahulu ketika berniaga tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi.
Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah.
Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
2. Teknik Menjual Yang Unik
Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab.
Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.
Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain.
Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi sangat memerlukan barang itu.
Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia.
3. Sentiasa Senyum
Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu.
Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu.
Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah.
Walaupun tutur kata tidak seberapa, tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.
4. Jujur
Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).
Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.
Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.
Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.
Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah.
“Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah.
Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”
5. Tidak Bersumpah Palsu
Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya.
Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar.
Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah.
Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim)
Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.
6. Lemah Lembut
Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan.
Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”
7. Bukan Mengejar Harta Semata-mata
Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.
Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada.
Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”
8. Fasih Tutur Kata
Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak.
Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah, bermaksud:
“Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas lagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda).
9. Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin
Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan.
Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar.
Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu).
Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.
Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga.
Daripada 2 contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%.
Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan.
Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.
Oleh itu, marilah kita contoh cara-cara bisnes Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunnah Baginda.












Isnin, 25 Februari 2019

Shuren Shoppe Daun Belalai Gajah

SHUREN SHOPPE
DAUN BELALAI GAJAH

Image result for daun belalai gajah

Daun Belalai Gajah

HERBA PERUBATAN INI DIKENALI SEBAGAI DAUN BELALAI GAJAH, SABAH SNAKE GRASS (SSG), YOU DUN CHAO ATAU CLINACANTHUS NUTANS. IA TERGOLONG DALAM KELUARGA ACANTHACEAE DAN HIDUP SUBUR DI NEGARA-NEGARA CUACA TROPIKA SEPERTI MALAYSIA ATAU INDONESIA. DAUN BELALAI GAJAH (CLINACANTHUS NUTANS) BOLEH DIBIAK MELALUI KERATAN BATANG. SECARA UMUMNYA, KEMATANGAN SSG ADALAH DI ANTARA 3-9 BULAN.


KAJIAN MENDAPATI BAHAWA DAUN BELALAI GAJAH (CLINACANTHUS NUTANS) TIDAK MENGANDUNGI TOKSIK, MEMPUNYAI KANDUNGAN FLAVONOID YANG TINGGI, SERTA MENGANDUNGI PELBAGAI MINERAL YANG DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN, VITAMIN DAN ASID AMINO. DALAM TAHUN-TAHUN KEBELAKANGAN INI, PESAKIT KANSER DARI MALAYSIA MENDAPATI BAHAWA PENGAMBILAN DAUN BELALAI GAJAH MEMPUNYAI KESAN YANG BAIK TERHADAP KANSER. DAUN BELALAI GAJAH ATAU SSG JUGA MENDAKWA DAPAT MENYEMBUHKAN PENYAKIT KENCING MANIS, DERMATITIS, MENGURANGKAN KESAKITAN BELAKANG, TEKANAN DARAH TINGGI ATAU ASID URIK YANG TINGGI.


NILAI PEMAKANAN DAUN BELALAI GAJAH


1. TINGGI NILAI NUTRISINYA, YANG MENGANDUNGI PELBAGAI MINERAL, VITAMIN, ASID 

   AMINO, DAN LAIN-LAIN, YANG MEMPUNYAI NILAI YANG BAIK PERUBATAN ATAU KHUSUS 

   PERUBATAN.


2. TERDAPAT BANYAK VITAMIN C, PROTEIN MENTAH, SERAT, MINERAL, DAN LAIN-LAIN


3. VITAMIN C MENGHAPUSKAN RADIKAL BEBAS DALAM BADAN KITA DAN MENGHALANG 

    WABAK KANSER.


4. DAUN KERING BELALAI GAJAH MENGANDUNGI SEHINGGA 45% PROTEIN MENTAH.

Cara kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut stage penyakit : ·         

Stage 1 : 30 daun setiap hari ·         
Stage 2 : 50 daun setiap hari ·         
Stage 3 : 100 daun setiap hari ·         
Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari  

*Jika pesakit sudah beransur sembuh, kurangkan penggunaan daun tersebut Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass ·         

- masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender ·         
- masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka ·         
- tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon ·         
- masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak                  
  basuh dengan air paip. ·         
- masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong           
- blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana               
  khasiatnya akan hilang. ·         
- jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia ·         
- Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi  Semasa minum jus belalai gajah ini 
  haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, 
  madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras 
  pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain.
  Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah. 

In Sha Allah

Image result for GAMBAR POKOK BELALAI GAJAH

Anak Pokok Belalai Gajah (RM7.00)
     Assalamulaikum w.b.t

Segala pembelian hendaklah dibank in ke dalam akaun :-

MOHD SUHAIRIN BIN ADAM
NO. AKAUN : 114105212455
MAYBANK

Sila wassup slip pembayaran ke :

No H/P : 0133492646

Penghantaran melalui poslaju akan dibuat setiap hari rabu dan setelah mendapat slip bukti pembayaran.


Penghantaran sekitar Kajang, Semenyih dan Bandar Baru Bangi akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00.  Penghantaran akan dibuat setelah mendapat bukti pembayaran.


MSA IKRAR ENTERPRISE
H-13-3, JALAN KAJANG UTAMA 3/8
TAMAN KAJANG UTAMA
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN
                          






Ahad, 24 Februari 2019

Shuren Shoppe Daun Bidara

SHUREN SHOPPE
DAUN BIDARA


Image result for daun bidara

Daun Bidara
Ramai antara kita yang beranggapan penggunaan daun bidara (Ziziphus spina-christi) dalam perubatan Islam berasal dari kepercayaan dan penggunaanya secara tradisi dalam masyarakat Melayu. Sebenarnya penggunaan daun bidara adalah sunnah Rasulullah SAW. Pohon bidara (sidr) disebut  sebanyak 2 kali dalam kitab suci Al Quran iaitu:


a) Surah Saba, Verse 16:
فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ قَلِيلٍ
Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.

b) Surah Al-Waqia, Verse 28:
فِي سِدْرٍ مَّخْضُودٍ
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
Sebagaimana tumbuh tumbuhan lain yang disebut dalam Al-Quran pasti bidara mempunyai keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri. Tambahan lagi ia disebut sebagai salah satu daripada pohon di dalam syurga.

Daun bidara digunakan untuk memandikan jenazah. Jenazah dimandikan sebanyak 3 kali dan mandian yang pertama menggunakan air yang diramas dengan daun bidara didalamnya.
Hadits Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang orang yang jatuh dari ontanya dan meninggal, Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam bersabda :
اغْسِلُوْهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوْهُ فِي ثَوْبَيْنِ.
“Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara dan kafan dengan dua baju”. (HR. Bukhary-Muslim).

Hadits Ummu ‘Athiyah tatkala anak Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam meninggal, beliau bersabda :
اغْسِلْنَهَا ثَلاَثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا أَوْ أَكْثَرَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ
“Mandikanlah dia tiga kali atau lima atau tujuh atau lebih jika kalian melihatnya dengan air dan daun bidara”. (HR. Bukhary-Muslim).
Untuk wanita pula disunatkan menggunakan daunnya sebagai mandian ketika suci dari haid.
hadits ‘Aisyah bahwasanya Asma` bintu Syakal bertanya kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam tentang mandi Haid, maka Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam menjawab :
تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَهَا فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُوْرَ ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتُدْلِكُهُ دَلْكًا شَدِيْدًا حَتَى يَبْلُغَ شُؤُوْنَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطَهَّرُ بِهَا. فَقَالَتْ أَسْمَاءُ : وَكَيْفَ
أَتَطَهَّرُ بِهَا ؟ فَقَالَ : سُبْحَانَ الله تَطَهَّرِيْنَ بِهَا. فَقَالَتْ عَائِشَةُ : كَأَنَّهَا تَخْفَى ذَلِكَ تَتَبَّعِيْنَ أَثَرَ الدَّمِ.
“Hendaklah salah seorang di antara kalian mengambil air dan daun bidara kemudian bersuci dengan sempurna kemudian menyiram kepalanya dan menyela-nyelanya dengan keras sampai ke dasar rambutnya kemudian menyiram kepalanya dengan air. Kemudian mengambil sepotong kain (atau yang semisalnya.) yang telah diberi wangi-wangian kemudian dia bersuci dengannya. Kemudian Asma` bertanya lagi : “Bagaimana saya bersuci dengannya?”. Nabi menjawab : “Subhanallah, bersuci dengannya”. Kata ‘Aisyah : “Seakan-akan Asma` tidak paham dengan yang demikian, maka ikutilah (cucilah) bekas-bekas darah (kemaluan)”. (HSR. Muslim)

Hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Bukhary-Muslim tentang kisah Tsumamah bin Utsal radhiyallahu ‘anhu yang sengaja mandi kemudian menghadap kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam untuk masuk Islam.
 Hadits Qois bin A’shim radhiyallahu ‘anhu :
أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ أُرِيْدُ الإِسْلاَمَ فَأَمَرَنِيْ أَنْ أَغْتَسِلَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ
“Saya mendatangi Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam untuk masuk Islam maka Nabi memerintahkan kepadaku untuk mandi dengan air dan daun bidara”. (HR. Ahmad 5/61, Abu Daud no. 355, An-Nasa`i 1/91, At-Tirmidzy no. 605 dan dishohihkan oleh Al-Albany dalam Shohih At-Tirmidzy 1/187.



Shower Gel Daun Bidara dan Daun Limau Purut (RM16.00) 

Assalamulaikum w.b.t

Segala pembelian hendaklah dibank in ke dalam akaun :-

MOHD SUHAIRIN BIN ADAM
NO. AKAUN : 114105212455
MAYBANK

Sila wassup slip pembayaran ke :

No H/P : 0133492646

Penghantaran melalui poslaju akan dibuat setiap hari rabu dan setelah mendapat slip bukti pembayaran.


Penghantaran sekitar Kajang, Semenyih dan Bandar Baru Bangi akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00.  Penghantaran akan dibuat setelah mendapat bukti pembayaran.


MSA IKRAR ENTERPRISE
H-13-3, JALAN SEKSYEN 3/8
TAMAN KAJANG UTAMA
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN








Shuren Shoppe Limau Purut

SHUREN SHOPPE
LIMAU PURUT


Image result for khasiat daun limau purut
Daun Limau Purut


Limau purut atau nama saintifiknya, citrus hystrix ini tidak asing lagi di kalangan masyarakat. Buah limau purut berbentuk bulat tetapi menggerutu dengan rasa masam dan pahit.
Daun limau purut sering menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa untuk hidangan seperti tomyam, asam pedas dan laksa. Buahnya pula sering sebagai antara bahan penting upacara mandi bunga dan mandi wap yang memberikan kesegaran.
Kini, perkembangan teknologi sedang menghasilkan minyak wangi dan haruman aromaterapi daripada pati limau purut. Wow, menarik!

Pelbagai kegunaan yang boleh digunakan limau purut antaranya:

  1. Masalah kulit kepala kering

Selain mengunakan santan dan hampas kelapa, kita juga boleh mengunakan limau purut untuk dijadikan sebagai skrub.
Cara – cara penyediaan skrub ini dengan bersihkan limau purut ini, potong sedikit limau nipis tersebut supaya lebih senang untuk dikisar. Kemudian, kisar limau perut dengan air yang sedikit dan jika anda inginkan limau tersebut pekat kisar limau purut sekejap.
Selepas itu, masukkan limau tersebut di dalam bekas dan simpan limau tersebut di dalam peti sejuk. Langkah – langkah mengunakan skrub limau purut ini dengan lumurkan skrub ini seperti anda mengunakan syampu, lakukan urutan di kulit kepala lama sedikit dan biarkan sebentar dalam 5 minit. Kemudian cuci rambut anda seperti biasa.

Limau purut jadi skrub untuk kulit kepala kering
  1. Menghilangkan bau badan

Bagi anda yang mengalami bau badan limau purut boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Cara menyediakan sangat mudah, bahan – bahan yang anda perlukan ialah daun limau purut dan limau purut.
Cara – cara penyediaannya ialah dengan hiriskan daun limau purut ini dan campurkan air perahan limau purut untuk dijadikan mandi air wap. Di samping itu juga, anda boleh gunakan air perahan limau ke seluruh badan dan biar kan selama 20 hingga 30 minit dan biarkan sehingga kering.
Selepas itu, bilas badan anda sehingga bersih. Di samping mendapat bau yang harum, sekaligus kulit anda menjadi lembut.

Air perahan limau purut bantu kurangkan bau badan
  1. Menanggalkan kesan kotoran yang degil

Baju putih sangat sukar untuk dijaga, dan apabila baju putih mengalami kotoran yang degil, pastinya sangat sukar untuk dibasuh, namun adakah anda tahu buah limau purut mampu menanggalkan kotoran degil.
Cara menyediakannya ialah dengan bahan yang ada di dapur seperti buah limau purut, kapur sirih. Basuh baju putih tersebut dengan air suam, letakkan kapur sirih tersebut di kotoran degil dan perah air limau tersebut. Sental kotoran tersebut, rendam baju tersebut selama 5 hingga 15 minit dan bilas baju dengan air suam.
  1. Mengatasi masalah gigi kuning

Minum kopi dan juga merokok boleh mengakibatkan gigi kuning, pastinya anda tidak mempunyai masa untuk ke klinik pergigian untuk mengatasi masalah ini. Jangan khuatir, kerana remedi ini boleh dilakukan di rumah sahaja.
Cara penyediaannya sangat mudah, apa yang anda perlukan ialah daun limau purut dan sedikit garam. Tumbuk garam tersebut sehingga nipis dan dan campurkan daun limau tersebut. Gunakan campuran tadi sebagai ubat gigi anda. Amalkan sehingga masalah kekuningan gigi dapat diatasi.

Campuran garam dan daun limau purut kurangkan kuning gigi
  1. Pewangi semula jadi

Buah limau purut juga sering digunakan untuk menghasilkan aromaterapi dan dikatakan mampu membuang aura negatif dan menarik aura positif.
Cara menyediakan ialah dengan menghiris halus daun limau purut bersama daun pandan. Ingin lebih segar, tambahkan sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Letakkan di dalam bilik tidur, kereta, atau dalam almari baju anda.


Limau purut mampu membuang aura negatif dan menarik aura positif
Banyak juga kebaikan daun limau purut dan buah limau purut, seperti mampu membuatkan masakan anda lebih wangi dan menaikkan selera anda.


Shower Gel Limau Purut Daun Bidara  (RM16.00)



Assalamulaikum w.b.t

Segala pembelian hendaklah dibank in ke dalam akaun :-

MOHD SUHAIRIN BIN ADAM
NO. AKAUN : 114105212455
MAYBANK

Sila wassup slip pembayaran ke :

No H/P : 0133492646

Penghantaran melalui poslaju akan dibuat setiap hari rabu dan setelah mendapat slip bukti pembayaran.


Penghantaran sekitar Kajang, Semenyih dan Bandar Baru Bangi akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00.  Penghantaran akan dibuat setelah mendapat bukti pembayaran.


MSA IKRAR ENTERPRISE
H-13-3, JALAN KAJANG UTAMA 3/8
TAMAN KAJANG UTAMA
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN









Shuren Shoppe Daun Ubat Batuk

SHUREN SHOPPE
DAUN UBAT BATUK


Image result for khasiat daun ubat batuk
Pokok  ubat batuk/pokok bangun bangun

Bangun-bangunbebangunpokok ubat batukraja bangunhati-hati hijau atau sedingin ataupun nama saintifiknyaPlectranthus amboinicus / Coeus amboinicus merupakan sejenis herba wangi dan boleh dimakan.
Ia selalunya dimakan sebagai ulam dan juga digunakan sebagai ubat tradisional. Pucuk muda bangun-bangun segar dimakan dengan cecahan seperti sambal belacan, buducencaluk atau lain-lain pencecah. Rasanya manis, lemak sedikit pedas serta berangin.

Ciri botani

Renek herba sederhana boleh tumbuh setinggi 1.2m. Batang berair, bersegi empat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hijau keperangan setelah matang. Daun tunggal, bersaiz sederhana besar, berbentuk bujur dengan hujung meruncing, lebar di bahagian bawah, tepi bergerigi sederhana besar, tebal, bertangkai sederhana panjang, tersusun bersetentangan dan mempunyai aroma yang kuat menyerupai bau jintan hitam. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari hujung dahan.

Khasiat

Bangun-bangun mengandungi air, gula, karbohidrat, serat, mineral, vitamin, alkoloid, musilaj (lendir), polifenol, saponin, glikosida flavonol, vitamin C, vitamin B1, vitamin B2, beta karotin, niasin, karvakrol, kalsium, lemak, protein, dan minyak volatil.

Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir. Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan.

Penanaman

Pokok bangun-bangun mudah ditanam dengan batang atau biji benihnya. Ia tahan lasak dan kurang perosak dan penyakit menyerangnya.




Image result for khasiat daun ubat batuk

Anak pokok dalam polybeg (RM10.00) 
                                     
Assalamulaikum w.b.t

Segala pembelian hendaklah dibank in ke dalam akaun :-

MOHD SUHAIRIN BIN ADAM
NO. AKAUN : 114105212455
MAYBANK

Sila wassup slip pembayaran ke :

No H/P : 0133492646

Penghantaran melalui poslaju akan dibuat setiap hari rabu dan setelah mendapat slip bukti pembayaran.


Penghantaran sekitar Kajang, Semenyih dan Bandar Baru Bangi akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00.  Penghantaran akan dibuat setelah mendapat bukti pembayaran.


MSA IKRAR ENTERPRISE
H-13-3, JALAN KAJANG UTAMA 3/8
TAMAN KAJANG UTAMA
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN








Karnival Raya Malakat Mall

As salam.... Alhamdulillah.... Syukur ke atas rahmat Allah yang Maha Luas kerana dapat bersama dengan Malakat Mall untuk Karnival Raya ...