SHUREN SHOPPE
UBI KAYU
Khasiat dan Kebaikan Ubi Kayu
Assalamualaikum w.b.t
Ramai di antara kita sudah sedia maklum mengenai ubi kayu. Namun ramai juga yang tidak mengetahui khasiat dan kebaikan serta latarbelakang ubi kayu. Sejak berzaman lagi orang melayu menjadikan ubi kayu sebagai sebahagian daripada pemakanan ruji selain daripada nasi. Melalui ubi kayu juga pelbagai jenis makanan dapat dihasilkan seperti kerepek, emping, kuih bingka ubi kayu dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun mari kita terokai latarbelakang serta kkasiat dan kebaikan ubi kayu.
KHASIAT DAN KEBAIKAN UBI KAYU
Ubi Kayu, ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari keluarga Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatantetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
Ubi kayu termasuk tumbuhan berbatang pohon lembut atau mudah patah. Ubi kayu berbatang bulat dan bergerigi yang terjadi dari bekas pangkal tangkai daun, bahagian tengahnya bergabus dan termasuk tumbuhan yang tinggi.
Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara 9 hingga 12 bulan.
Ubi kayu boleh mencapai ketinggian 1- 4 meter. Pemeliharaannya mudah dan produktif. Ubi kayu dapat tumbuh subur di daerah yang berketinggian 1200 meter di atas permukaan air laut. Daun ubi kayu memiliki tangkai panjang dan helaian daunnya menyerupai telapak tangan, dan tiap tangkai mempunyai daun sekitar 3-8 lembar. Tangkai daun tersebut berwarna kuning, hijau atau merah.
Ubi kayu merupakan sumber karbohidarat ketiga terbesar di dunia dimana ianya menjadi hidangan lebih kepada 500 juta penduduk dunia secara keseluruhan.
Ubi kayu juga mempunyai kandungan mineral seperti kalsium, serat diet, besi, manganese, fosforus, potasium, vitamin B6 dan vitamin C. Memetik mengenai serat diet, ianya berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis.
Antara lain khasiat dan kebaikan ubi kayu
1. Ubi kayu kaya dengan kandungan VITAMIN B2, B kompleks, asid panthotenic, folat, B6, Besi, besi, mangan, karbohidrat, kalsium, serat pemakanan dan pelbagai zat mineral dan galian lain.
2. Membantu menyihatkan badan.
3. Meningkatkan pengedaran sel darah merah.
4. Amat bagus untuk wanita hamil kerana membantu mengelakkan kecacatan bayi.
5. Membantu sistem penghadaman yang lebih baik.
6. Membantu mengurangkan kolesterol.
7. Sebagai makanan pencegah penyakit kencing manis.
8. Menguatkan tulang dan jantung.
9. Membantu mengekalkan keseimbangan bendalir dalam badan.
10. Tidak mengandungi gluten dan amat bagus untuk mereka yang menghadapi masalah toleransi dengan gluten terutama bagi mereka yang menghadapi masalah penyakit autoimun.
11. Ubi kayu juga kaya dengan protein dan adalah menu pilihan terbaik bagi mereka yang mengamalkan diet sayur-sayuran.
12. Karbohidrat didalam ubi kayu membantu menambah tenaga dan menggantikan nasi dalam menu seharian.
13. Bagi anda yang ingin membina otot badan , ubi kayu adalah antara menu terbaik untuk dimasukkan dalam diet harian anda.
Mengubati reumatik
Untuk mengubati reumatik, ambil lima lembar daun ubi kayu dan kemudian campur dengan satu sudu kapur. Tumbuk halus dan kemudian dijadikan sebagai bedak pada bahagian yang sakit. Selain itu, boleh juga menggunakan sepotong batang ubi kayu dan kemudiannya rebus dengan lima gelas air sehingga mendidih sehingga tinggal empat gelas. Saring air dan kemudian minum sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.
Mengubati demam
Untuk mengubati demam pula, caranya adalah dengan sepotong batang ubi kayu dan kemudiannya direbus bersama tiga gelas air hingga mendidih. Saring airnya dan minum sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Air rebusan daun segar pula dikatakan boleh digunakan sebagai air mandian untuk merawat demam influenza.
Bagi mereka yang mengalami sakit kepala pula, mereka boleh menggunakan daun ubi kayu untuk mengurangkan sakit. Caranya adalah dengan menumbuk halus daun tersebut dan kemudiannya dijadikan sebagai penampal di kepala.
Hilangkan kecacingan dan cirit birit
Untuk mengubati cirit birit pula, daun ubi kayu juga dikatakan berguna. Caranya adalah dengan merebus tujuh lembar daun ubi kayu bersama dengan empat gelas air sehingga mendidih dan tinggal dua gelas. Saring air ini dan minum dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.
Kecacingan juga dikatakan boleh diubati dengan menggunakan kulit batang ubi kayu. Caranya adalah dengan merebus kulit batang ubi kayu tersebut dengan 3 gelas air sehingga mendidih dan tinggal segelas. Saring air ini dan minum sebelum tidur pada waktu malam.
Luka yang bernanah boleh diubati dengan menggunakan batang daun ubi kayu yang masih muda. Tumbuk halus dan tampalkan pada luka tersebut. Walaupun ubi kayu dikatakan banyak kegunaannya, disebabkan bahagian ubinya mengandungi bahan beracun (glukosid sianogenik – bahan yang membebaskan sianid) yang perlu dibuang, maka berhati-hatilah memakan atau menggunakannya. Toksin dalam pucuk dan ubi dapat dibuang dengan cara memarut atau memotong ubi kecil-kecil atau meramas daun ubi hingga hancur.
Kegunaan lain
Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.
Walaupun terdapat pelbagai kegunaan pokok ubi kayu, namun perlulah mendapatkan nasihat
pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya, bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
Shuren Crunchy Kerepek Ubu Cheeze
Shuren Crunchy Kerepek Ubi Tomato
Shuren Crunchy kerepek ubi didatangkan dengan perisa cheeze dan juga tomato dengan saiz paket (RM4.00) balang kecil (RM6.00) dan balang besar (RM12.00). Amat sesuai untuk kudapan semasa bersantai dan juga hidangan kepada para tetamu. Rasa yang pasti lazat melekat......
Kebaikan dan Khasiat yang banyak di dalam ubi kayu. Mari kita memafaatkan tanaman yang boleh tumbuh dengan subur di bumi kita.
Wassalam.
"LAZAT MELEKAT"
Assalamulaikum w.b.t
Segala pembelian hendaklah dibank in ke dalam akaun :-
MOHD SUHAIRIN BIN ADAM
NO. AKAUN : 114105212455
MAYBANK
Sila wassup slip pembayaran ke :
No H/P : 0133492646
Penghantaran melalui poslaju akan dibuat setiap hari rabu dan setelah mendapat slip bukti pembayaran.
Penghantaran sekitar Kajang, Semenyih dan Bandar Baru Bangi akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00. Penghantaran akan dibuat setelah mendapat bukti pembayaran.
MSA IKRAR ENTERPRISE
H-13-3, JALAN KAJANG UTAMA 3/8
TAMAN KAJANG UTAMA
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Numpang promo ya Admin^^
BalasPadamingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^