Masa

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihat untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" Al-'Asr : 1 - 3.

Selasa, 6 Ogos 2019

Tulisan Jawi


Tulisan Jawi

Perlaksanaan yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan dikira sebagai amat baik sekali.  Ini dapat mengembalikan semula kegemilangan tulisan Jawi.  Tulisan Jawi ini merupakan asal tulisan Bangsa Melayu sebelum perlaksanaan ditukar ke tulisan Rumi.  Kajian telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi banyak digunakan oleh pemerintahan terdahulu melalui surat-surat yang diutuskan dan surat-surat yang diterima.  Penggunaan tulisan jawi juga digunakan secara meluas semasa zaman kegemilangan kesultanan Melaka sehinggalah Tanah Melayu ini dijajah. Walau bagaimanapun sejak beberapa tahun yang lalu tulisan ini telah dikesampingkan oleh mereka yang berkuasa daripada bangsa Melayu sendiri.  Amat menyedihkan.  

Namun kesedaran untuk memperkasakan tulisan Jawi itu masih ada.  Tahniah.  Setelah kajian dilakukan dan perlaksanaan akan dilakukan terdapat segelintir yang membantah dan memberi hujah-hujah yang agak resis. Kenapa ya? Harap tiada lagi bangsa Melayu yang tetiba muncul dan memberi kenyataan yang membantah...semoga tidak berulang kembali episod hitam itu....

Usaha perlu dilakukan agar tulisan jawi ini tidak pupus dan terus dilupakan oleh ganerasi masa kini.  Jangan nanti hanya  masyarat tua sahaja yang mengenali tulisan jawi ini.

Semasa di sekolah rendah dahulu saya ada seorang pakcik yang agak berumur pada masa itu yang kami dan orang kampung panggil dengan nama Wak Gelemboh.  Tapi nama sebenar beliau Hamdan.  Saya agak rapat juga dengan beliau kerana beliau suka buat kelakar.  Setiap hari beliau akan membeli surat khabar Utusan Melayu yang bertulisan Jawi dan memang beliau amat selesa dengan bacaan itu.  Daripada situ lah saya mula membaca Jawi dan bahan rujukan saya tentulah wak tadi.  Memang kalau tidak kerana Wak tentu saya tidak dapat membaca Jawi. Al-fatehah untuk wak.

Semoga kegemilangan tulisan Jawi ini dapat direalisasikan dan semoga ganerasi kini dan akan datang akan terus berusaha untuk mempertahankan tulisan ini sebagai mana bangsa-bangsa lain di dalam dunia ini yang amat bangga dengan tulisan yang mereka ada.

Usah hirau pada mereka yang suka membuat bising dengan mengetuk tin kosong.  Teruskan sahaja kerana Tanah Melayu kita yang punya dan kita berhak keatasnya.

                              




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Karnival Raya Malakat Mall

As salam.... Alhamdulillah.... Syukur ke atas rahmat Allah yang Maha Luas kerana dapat bersama dengan Malakat Mall untuk Karnival Raya ...