Masa

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihat untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" Al-'Asr : 1 - 3.

Ahad, 15 Disember 2019

Pengalaman

As salam..

Selesai sudah Program Citarasa Malaysia (PCM) di LuLu Hypermarket KL yang bermula pada 28 Ogos - 01 September 2019.

Terima kasih kepada KPDNHEP yang memberi peluang kepada Shuren Health and Lifestyle untuk terlibat di dalam Program ini.

Namun  apa yang lebih penting ialah pengalaman dan pengetahuan di dalam urusan jual beli dan bagaimana untuk menarik Pelanggan agar membeli produk kita.

Dari situ juga kita dapat mengetahui tingkah laku Pelanggan yang kadangkala kita harus bersabar  dengannya.  Kita tidak dapat lari daripada itu. Skill komunikasi juga merupakan factor di dalam melariskan produk jualan. Bagaimana cara untuk berinteraksi dengan wanita muda, pertengahan dan warna Emas.

Saya Alhamdulillah mempunyai sikap yang suka bergurau dan berjenaka  dengan  Pelanggan. Ini membuatkan mereka gembira dan selesa dan agak mudah untuk kita menjual dan memperkenalkan produk kita.

Begitu juga budi bahasa dan kesopanan harus kita jaga.  Semua ini merupakan pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Alhamdulillah sepanjang 5 hari bersiaran di sana boleh dikatakan produk Shuren Shower Gel Daun Bidara dan DAUN Limau Purut mendapat sambutan daripada pengunjung.  Cuma rasa syukur yang tidak terhingga dipanjatla kepada Allah s.w.t di atas rezeki yang telah ditentukan.

Semoga segala kemurungan akan dapat diperbaiki dan segala kebaikan akan terus dikekalkan. Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Karnival Raya Malakat Mall

As salam.... Alhamdulillah.... Syukur ke atas rahmat Allah yang Maha Luas kerana dapat bersama dengan Malakat Mall untuk Karnival Raya ...