Masa

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihat untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" Al-'Asr : 1 - 3.

Khamis, 21 November 2019


Assalamualaikum w.b.t

Program Pemerkasaan Penjaja dan Peniaga Kecil Melalui Pembayaran Tanpa Tunai/Ewallet 2019
21 - 22 November 2019

Kursus yang bertempat di Hotel Concorde Hotel Shah Alam ini berlangsung selama 2 hari iaitu mulai hari khamis dan jumaat ini adalah anjuran KPDNHEP.

Merupakan kursus yang terakhir bagi tahun 2019.  Seramai 106 peserta telah menyertai kursus ini.

Dalam kursus ini peserta telah didedahkan dengan pelbagai cara method pembayaran melalui online seperti touch & go ewallet, mypay, boost dan sebagainya.

Pembayaran melalui ewallet ini amat penting kepada para usahawan jika customer tidak membawa tunai.  Customer boleh membuat pembayaran melalui kad debit, kredit kad, qrpay dan sebagainya.

Peserta jug diberi pendedahan bagai mana untuk menaikan sale, menaikkan customer dan platform yang sesuai digunakan untuk meletakkan produk mereka secara percuma.

Juga platform yang sesuai bagi penghantaran produk seperti Delyva. Merupakan paltform yang bekerjasama dengan syarikat penghantaran laju seperti courier servive, pos laju abx dan sebagainya.

Semoga dengan program ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta mengenai perkembangan teknologi terkini dan sistem yang terbaru bagi memberi kemudahan di antara usahawan dan pelanggan.

Ribuan terima kasih kepada KPDNHEP yang telah menganjurkan program ini.  Semoga memberi manfaat kepada semua peserta di dalam peningkatan teknologi yang semakin terkini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Karnival Raya Malakat Mall

As salam.... Alhamdulillah.... Syukur ke atas rahmat Allah yang Maha Luas kerana dapat bersama dengan Malakat Mall untuk Karnival Raya ...