Masa

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihat untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" Al-'Asr : 1 - 3.

Ahad, 15 Disember 2019

Pejabat Urusan MSA IKRAR ENTERPRISE

MSA IKRAR ENTERPRISE
PEJABAT URUSAN

As salam

Pejabat urusan MSA IKRAR ENTERPRISE terletak di alamat seperti berikut :

No. H-13-3,
Jalan Seksyen 3/8
Taman Kajang Utama
43000 Kajang 
Selangor

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk berjenama Shuren Health and Lifestyle yang merupakan produk penjagaan diri boleh mendapatkannya di sana.

Antara produk Shuren Health and Lifestyle ialah:

1.  Gel mandian 100ml - RM18.00
2.  Gel mandian 150ml - RM25.00
3.  Sabun buku 80grm - RM18.00
4.  Semburan udara 180ml - RM20.00
5.  Shampoo rambut 300ml - RM30.00
6.  Pati minyak bidara 30ml - RM35.00

Kesemua produk di atas merupakan produk yang berasaskan daun bidara dan daun limau purut.

Ada juga produk yang bukan daripada daun bidara dan daun limau purut iaitu :

1. Minyak serai wangi 40ml  - RM15.00
2. Minyak kayu manis 40ml - RM15.00

Kepada sesiapa yang berminat dan ingin mendapatkan produk Shuren Health and Lifestyle ini boleh datang dan menghubungi dahulu ditalian 0133492646.








Pengalaman

As salam..

Selesai sudah Program Citarasa Malaysia (PCM) di LuLu Hypermarket KL yang bermula pada 28 Ogos - 01 September 2019.

Terima kasih kepada KPDNHEP yang memberi peluang kepada Shuren Health and Lifestyle untuk terlibat di dalam Program ini.

Namun  apa yang lebih penting ialah pengalaman dan pengetahuan di dalam urusan jual beli dan bagaimana untuk menarik Pelanggan agar membeli produk kita.

Dari situ juga kita dapat mengetahui tingkah laku Pelanggan yang kadangkala kita harus bersabar  dengannya.  Kita tidak dapat lari daripada itu. Skill komunikasi juga merupakan factor di dalam melariskan produk jualan. Bagaimana cara untuk berinteraksi dengan wanita muda, pertengahan dan warna Emas.

Saya Alhamdulillah mempunyai sikap yang suka bergurau dan berjenaka  dengan  Pelanggan. Ini membuatkan mereka gembira dan selesa dan agak mudah untuk kita menjual dan memperkenalkan produk kita.

Begitu juga budi bahasa dan kesopanan harus kita jaga.  Semua ini merupakan pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Alhamdulillah sepanjang 5 hari bersiaran di sana boleh dikatakan produk Shuren Shower Gel Daun Bidara dan DAUN Limau Purut mendapat sambutan daripada pengunjung.  Cuma rasa syukur yang tidak terhingga dipanjatla kepada Allah s.w.t di atas rezeki yang telah ditentukan.

Semoga segala kemurungan akan dapat diperbaiki dan segala kebaikan akan terus dikekalkan. Amin.


Khamis, 12 Disember 2019

Shuren H & L - Produk Baru


As salam...

Alhamdulillah...setelah beberapa lama maka terhasillah dua produk baru daripada Shuren Health and Lifestyle iaitu Shower gel daun bidara dan daun limau purut (150ml) dengan harga RM25.00 dan juga Shampoo daun bidara dan daun limau purut (300ml) dengan harga RM30.00.  Kedua-dua produk ini difambahi dengan minyak aromatheraphy yang akan membangkitkan lagi kesegaran  dan keharuman yang berpanjangan...

Sedia maklum bahawa daun bidara dan dau  limau purut mempunyai pelbagai keistimewaan terutama di dalam penyingkaran aura negetif dan sebagai agen menghindari gangguan makhluk halus...in sha Allah di atas izinNya..

Kepada sesiapa yang berminat dan ingin mendapatkannya boleh menghubungi saya melalui no hp 0133492646...



Selasa, 10 Disember 2019

Booth kurang sambutan

As salam....

Semoga anda semua berada di dalam perlindungan Allah...amin...

Pada 8 - 9/12/2019 sempat juga buka booth di salah satu acara mesyuarat agung di sebuah tempat...namun itu merupakan pengalaman dan pengajaran yang perlu direnungkan...buka booth tu pun nak support member sebenarnya (boleh tahan juga harga....)

Seperti biasa ada yang datang tengok2 jer..ada yang tanya sikit2...ada yang kata esok nak datang beli...ada yang jeling2 jer....ada yang nak test2 jer... ada yang beli...dan sebagainya...by the way it is fun actually...dapat kenalan dan produk kita pun dikenali at least....

Tak per itu kan rezeki...walau bagaimanapun pengalaman dan pengajaran itu lebih berharga untuk kita menapak lebih jauh dan lebih berhati2...

Tiada siapa yang bersalah dalam perkara ini...chill jer walaupun jualan sangatlah tidak memberangsangkan...namun itu telah tertulis..Alhamdulillah...

Ada menteri yang datang melawat booth...ermmm...bagi saya tidak lah saya nak bagi hadiah kepada nya...nak beli...tak nak sudah....free x dak...tester ada kalau nak cuba...
Soriii....bukan senang nak niaga ni tetiba nak bagi free kat orang....loya tekak...(mungkin pandangan orang berbeza...terpulang...)

Walau bagaimanapun semoga agenda yang dibawa di dalam mesyuarat itu akan memacu ke arah meningkatkan ekonomi orang2 Islam dengan lebih baik dan berkesan...

Masih lagi ingat kata2 Syed Al-Bukhari...orang melayu ni bila di dalam persatuan susah nak bersatu dan akhirnya tinggal begitu sahaja (lebih kurang begitu la...).

Namun didoakan semoga ianya tidak begitu..dan terus maju dan maju...amin...

Sesiapa yang memegang jawatan tu jalankan lah amanah dengan baik dan tekun untuk umat Islam sejagat...jangan gaduh2...cari penyelesaian..kira yang tak sependapat tu biasa..bincang elok2 demi Islam dan demi melahirkan pedagang yang menguasai dunia...amin...

Sekian...

Karnival Raya Malakat Mall

As salam.... Alhamdulillah.... Syukur ke atas rahmat Allah yang Maha Luas kerana dapat bersama dengan Malakat Mall untuk Karnival Raya ...