Masa

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihat untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" Al-'Asr : 1 - 3.

Ahad, 15 Disember 2019

Pejabat Urusan MSA IKRAR ENTERPRISE

MSA IKRAR ENTERPRISE
PEJABAT URUSAN

As salam

Pejabat urusan MSA IKRAR ENTERPRISE terletak di alamat seperti berikut :

No. H-13-3,
Jalan Seksyen 3/8
Taman Kajang Utama
43000 Kajang 
Selangor

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk berjenama Shuren Health and Lifestyle yang merupakan produk penjagaan diri boleh mendapatkannya di sana.

Antara produk Shuren Health and Lifestyle ialah:

1.  Gel mandian 100ml - RM18.00
2.  Gel mandian 150ml - RM25.00
3.  Sabun buku 80grm - RM18.00
4.  Semburan udara 180ml - RM20.00
5.  Shampoo rambut 300ml - RM30.00
6.  Pati minyak bidara 30ml - RM35.00

Kesemua produk di atas merupakan produk yang berasaskan daun bidara dan daun limau purut.

Ada juga produk yang bukan daripada daun bidara dan daun limau purut iaitu :

1. Minyak serai wangi 40ml  - RM15.00
2. Minyak kayu manis 40ml - RM15.00

Kepada sesiapa yang berminat dan ingin mendapatkan produk Shuren Health and Lifestyle ini boleh datang dan menghubungi dahulu ditalian 0133492646.








Pengalaman

As salam..

Selesai sudah Program Citarasa Malaysia (PCM) di LuLu Hypermarket KL yang bermula pada 28 Ogos - 01 September 2019.

Terima kasih kepada KPDNHEP yang memberi peluang kepada Shuren Health and Lifestyle untuk terlibat di dalam Program ini.

Namun  apa yang lebih penting ialah pengalaman dan pengetahuan di dalam urusan jual beli dan bagaimana untuk menarik Pelanggan agar membeli produk kita.

Dari situ juga kita dapat mengetahui tingkah laku Pelanggan yang kadangkala kita harus bersabar  dengannya.  Kita tidak dapat lari daripada itu. Skill komunikasi juga merupakan factor di dalam melariskan produk jualan. Bagaimana cara untuk berinteraksi dengan wanita muda, pertengahan dan warna Emas.

Saya Alhamdulillah mempunyai sikap yang suka bergurau dan berjenaka  dengan  Pelanggan. Ini membuatkan mereka gembira dan selesa dan agak mudah untuk kita menjual dan memperkenalkan produk kita.

Begitu juga budi bahasa dan kesopanan harus kita jaga.  Semua ini merupakan pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Alhamdulillah sepanjang 5 hari bersiaran di sana boleh dikatakan produk Shuren Shower Gel Daun Bidara dan DAUN Limau Purut mendapat sambutan daripada pengunjung.  Cuma rasa syukur yang tidak terhingga dipanjatla kepada Allah s.w.t di atas rezeki yang telah ditentukan.

Semoga segala kemurungan akan dapat diperbaiki dan segala kebaikan akan terus dikekalkan. Amin.


Khamis, 12 Disember 2019

Shuren H & L - Produk Baru


As salam...

Alhamdulillah...setelah beberapa lama maka terhasillah dua produk baru daripada Shuren Health and Lifestyle iaitu Shower gel daun bidara dan daun limau purut (150ml) dengan harga RM25.00 dan juga Shampoo daun bidara dan daun limau purut (300ml) dengan harga RM30.00.  Kedua-dua produk ini difambahi dengan minyak aromatheraphy yang akan membangkitkan lagi kesegaran  dan keharuman yang berpanjangan...

Sedia maklum bahawa daun bidara dan dau  limau purut mempunyai pelbagai keistimewaan terutama di dalam penyingkaran aura negetif dan sebagai agen menghindari gangguan makhluk halus...in sha Allah di atas izinNya..

Kepada sesiapa yang berminat dan ingin mendapatkannya boleh menghubungi saya melalui no hp 0133492646...



Selasa, 10 Disember 2019

Booth kurang sambutan

As salam....

Semoga anda semua berada di dalam perlindungan Allah...amin...

Pada 8 - 9/12/2019 sempat juga buka booth di salah satu acara mesyuarat agung di sebuah tempat...namun itu merupakan pengalaman dan pengajaran yang perlu direnungkan...buka booth tu pun nak support member sebenarnya (boleh tahan juga harga....)

Seperti biasa ada yang datang tengok2 jer..ada yang tanya sikit2...ada yang kata esok nak datang beli...ada yang jeling2 jer....ada yang nak test2 jer... ada yang beli...dan sebagainya...by the way it is fun actually...dapat kenalan dan produk kita pun dikenali at least....

Tak per itu kan rezeki...walau bagaimanapun pengalaman dan pengajaran itu lebih berharga untuk kita menapak lebih jauh dan lebih berhati2...

Tiada siapa yang bersalah dalam perkara ini...chill jer walaupun jualan sangatlah tidak memberangsangkan...namun itu telah tertulis..Alhamdulillah...

Ada menteri yang datang melawat booth...ermmm...bagi saya tidak lah saya nak bagi hadiah kepada nya...nak beli...tak nak sudah....free x dak...tester ada kalau nak cuba...
Soriii....bukan senang nak niaga ni tetiba nak bagi free kat orang....loya tekak...(mungkin pandangan orang berbeza...terpulang...)

Walau bagaimanapun semoga agenda yang dibawa di dalam mesyuarat itu akan memacu ke arah meningkatkan ekonomi orang2 Islam dengan lebih baik dan berkesan...

Masih lagi ingat kata2 Syed Al-Bukhari...orang melayu ni bila di dalam persatuan susah nak bersatu dan akhirnya tinggal begitu sahaja (lebih kurang begitu la...).

Namun didoakan semoga ianya tidak begitu..dan terus maju dan maju...amin...

Sesiapa yang memegang jawatan tu jalankan lah amanah dengan baik dan tekun untuk umat Islam sejagat...jangan gaduh2...cari penyelesaian..kira yang tak sependapat tu biasa..bincang elok2 demi Islam dan demi melahirkan pedagang yang menguasai dunia...amin...

Sekian...

Sabtu, 30 November 2019

Maulidur Rasul

As salam...

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 1 Disember 2019 di surau Al Asmah Taman Sungai Jelok, Kajang...Alhamdulillah..

Ramai kariah yang datang sebagai tanda sayangnya pada Rasullullah...Alhamdulillah...(yang tak hadir tu kita bersangka baik ajer la ya....mungkin ada urusan yang lebih penting...)

Acara bermula dengan bacaan al-Quran, berzanji, bersalawat ke atas junjungan mulia dan diakhiri dengan ceramah agama "Sejauh mana sayangnya kita kepada Rasulullah"...

Tapi abang tak la buka booth pada acara ni...abang nak beri tumpuan pada acara majlis mulia ini..

Semoga dengan acara ini diberi kemulian dan keampunan kepada setiap yang hadir...amin...

Makanan pun sedap..terima kasih kepada yang menyedia dan membawa juadah untuk dinikmati bersama...

Jumaat, 29 November 2019

Majlis Mesra Puspanita KWSP

As salam....

Alhamdulillah sempat juga buka booth kat majlis mesra Puspanita ni pada 29 November 2019 kat HQ KWSP Jln Raja Laut...tapi abang tak la tunggu sampai abis majlis...kawan abang yang baik hati Hasmohaini @ annie yang tolong jagakan...tq kak...sebab hari jumaat kan...kena la gi tunailam tanggungjawab...

By the way kepada akak2 Puspanita yang telah mendapatkan produk Shuren Health and Lifestyle tu ribuan terima kasih la diucapkan semoga beroleh kesihatan yang baik dan terbaik dengan izinNya jua...amin...

Tq kepada ajk Puspanita juga yang berbesar hati menjemput abang buka booth (kena bayar la juga)... he he...Sempat juga la abang menjamah beberapa makanan yang enak di sana tu...Alhamdulillah...

Semoga Puspanita KWSP terus maju dan berjaya...amin...





Rabu, 27 November 2019

Karnival KWSP HQ

As salam....

Karnival KWSP HQ anjuran KOOP KWSP telah berlansung mulai 26 - 28 November 2019.  Bertempat di level 1A dan 1 telah disertai seramai lebih kurang 30 vendor dari pelbagai bidang...

Seronok juga jumpa kawan2 kat sini...ex KWSP kan...byk la kawan...Alhamdulillah..terima kasih semua kerana sentiasa menyokong Shuren Health and Lifestyle...semoga iktan ukhwah Islamiah sentiasa terjalin utuh...amin...

Ada juga member yang tak perasan kita kat sini walaupun dah berkali2 lalu lalang kat meja pempamir kita...he he he...mungkin tak sangka la kot kita boleh niaga kat situ...

By the way kalau ada karnival lagi boleh la kita jumpa lagi dengan produk yang terbaru dan terkina lagi...in sha Allah...

Kepada kakak dan abang ohsem yang berjaya mendapatkan produk Shuren Health and Lifestyle didoakan semoga beroleh kesihatan yang baik dengan kehendakNya jua...amin...





















Selasa, 26 November 2019

Nadi Desa


As salam...

Macam malas pulak nak ulas pasal program Nadi Desa ni..ermmmm....

But by the way semoga setiap desa yang telah mengetegahkan program mereka beroleh kejayaan.

Program yang telah berlansung selama dua hari mulai 24 - 25 November 2019 bertmpat di Acaplle Hotel Shah Alam.  Sebanyak 38 buah desa telah menyertai program ini dan memperlihatkan cadangan penambahbaikan bagi setiap aktiviti di dalam desa mereka.

Ok lah itu jer....




Sabtu, 23 November 2019

Menyantuni Warga Emas dan Ibu Tunggal

As salam...

Alhamdulillah...

Terima kasih kepada AJK Kg Sg Balak terutama kepada Ketua Kampung Sungai Balak En. Zainurin Mahmud kerana memberi penghargaan dan pemberiaan kepada para warga emas dan ibu tunggal.  Semoga dengan bantuan pemberian barangan asas sebegini akan meringankan sedikit beban yang dihadapi dan semoga Kg Sungai Balak beroleh kesejahteraan dan keselamatan. Amin...




Jumaat, 22 November 2019

Berniaga

As salam...

Dalam diam tak diam dah 1 tahun dah berada dalam bidang perniagaan secara serius.  Banyak pengalaman manis yang saya dapat dalam berniaga ni (yang pahit tu next time la)..antaranya dapat ramai kawan dapat ramai kontek dapat pengalaman berniaga secara online dan offline...dapat buka gerai atau booth dan bayak lagi...

Rupanya apabila kita sudah berjumpa dengan ramai usahawan yang seangkatan dengan kita baru lah kita tahu ada diantara mereka yang bukan calang2 orang nyer...nampak sahaja macam nude tapi bisness...mak aiiii...repect...

Mereka para usahawan ni tidak kedekut ilmu...banyak peluang2 yang diberi kepada kita dan juga cara2 berniaga juga...memang best...
Tapi kalau ada yang kedekut ilmu biar ajer Tuhan yang balas...

Setelah berdaftar dengan Kementerian KPDNHEP banyak juga peluang yang diberi...agak sibuk juga...kursus2 yang berkualiti dan terbaik tersedia untuk para usahawan...so grab it...pergi daftar x kena bayar pun...

Namun untuk Kementerian yang lain masih belum lagi...baru satu kementerian dah bzzz....tapi tak per itukan rezeki kita...kita kena kuat berusaha...in sha Allah...

In sha Allah akan terus maju...

As salam...





Khamis, 21 November 2019


Assalamualaikum w.b.t

Program Pemerkasaan Penjaja dan Peniaga Kecil Melalui Pembayaran Tanpa Tunai/Ewallet 2019
21 - 22 November 2019

Kursus yang bertempat di Hotel Concorde Hotel Shah Alam ini berlangsung selama 2 hari iaitu mulai hari khamis dan jumaat ini adalah anjuran KPDNHEP.

Merupakan kursus yang terakhir bagi tahun 2019.  Seramai 106 peserta telah menyertai kursus ini.

Dalam kursus ini peserta telah didedahkan dengan pelbagai cara method pembayaran melalui online seperti touch & go ewallet, mypay, boost dan sebagainya.

Pembayaran melalui ewallet ini amat penting kepada para usahawan jika customer tidak membawa tunai.  Customer boleh membuat pembayaran melalui kad debit, kredit kad, qrpay dan sebagainya.

Peserta jug diberi pendedahan bagai mana untuk menaikan sale, menaikkan customer dan platform yang sesuai digunakan untuk meletakkan produk mereka secara percuma.

Juga platform yang sesuai bagi penghantaran produk seperti Delyva. Merupakan paltform yang bekerjasama dengan syarikat penghantaran laju seperti courier servive, pos laju abx dan sebagainya.

Semoga dengan program ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta mengenai perkembangan teknologi terkini dan sistem yang terbaru bagi memberi kemudahan di antara usahawan dan pelanggan.

Ribuan terima kasih kepada KPDNHEP yang telah menganjurkan program ini.  Semoga memberi manfaat kepada semua peserta di dalam peningkatan teknologi yang semakin terkini.




Khamis, 5 September 2019

Halal Fest 2019


Halfest 2019 di Mine Exhibition Centre yang berlangsung dari 4 September - 8 September 2019. Pelbagai barangan halal telah dipamirkan pada acara tersebut.

Sempat singgah di sana pada 4 September. Pelbagai barangan yang menarik dengan mutu dan packing yang cantik daripada usahawan muslim.  Tiada lagi packing yang tidak cantik.  Tahniah semua.....

Di dalam acara ini telah menarik minta ramai usahawan yang berskala kecil dan besar untuk menyertainya.

Kesempatan berada di sana merasai beberapa produk makanan tidak memgecewakan.  Mereka bersama menjual dan menyediakan makanan yang enak dan lazat

Berjumpa dengan rakan usahawan yang lain amat mengembirakan dan mereka juga amat bersemangat dan hebat dengan skill jualan masing-masing.  Semoga mereka memperolehi rezeki yang melimpah ruah. Amin.

Semoga usaha ini akan diteruskan setiap tahun kerana mereka di luar sana amat memerlukan barangan dan makanan yang semestinya halal.

Tahniah juga kepada pihak penganjur JAKIM yang memyediakan platform ini kepada usahawan untuk memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat umum....








Mereka adalah usahawan hebat dan bersemangat waja....

Karnival Raya Malakat Mall

As salam.... Alhamdulillah.... Syukur ke atas rahmat Allah yang Maha Luas kerana dapat bersama dengan Malakat Mall untuk Karnival Raya ...