Masa

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihat untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" Al-'Asr : 1 - 3.

Sabtu, 30 Mac 2019

7 Jenis Herba Untuk Lelaki


7 Janis Herbs TERHEBAT Untuk Lelaki

Herba-herba traditional telah digunakan di kalangan masyarakat sejak zaman berzaman lagi.  Boleh dikatakan seluruh masyarakat serata dunia ada mengamalkan penggunaan herba.  Namun begitu terdapat beberapa jenis herba yang amat sesuai untuk penggunaan kepada kaum lelaki untuk penjagaan kesihatan dan keupayaan kekuatan.

1. GINSENG

Herbs ini amat terkenal dikalangan masyarakat cina terutamanya.  Banyak yang telah diperkatakan mengenai GINSENG ini. Antara khasiatnya ialah ia dapat meningkatkan tenaga, memperkuatkan sistem pencernaan dan memperkuatkan fungsi paru-paru dan juga boleh menenang fikiran.

2.  HERBA DAUN KAMBING

Merupakan herba traditional dari china yang digunakan untuk mengatasi masalah mati pucuk sejak 2000 tahun yang lalu.  Nama saintifiknya ialah Epimedium Sagittatum yang bertindak sebagai egen afrodisia.  Antara fungsi herba ini ialah :

1. Meningkatkan keinginan seks dengan meningkatkan sperma bagi lelaki .
2.  Memperbaiki tahap ereksi lelaki.
3.  Merangsangkan kepekaan sistem saraf.
4.  Melegakan kelesuan dan membantu melegakan gejala akibat menopause bagi  wanita seperti kemurungan,  kurang mined terhadap seks dan kekeringan faraj.

3. GINGKO BILOBA

Digunakan secara meluas di  Jerman dan Perancis untuk pesakit Alzheimer atau pesakit yang mempunyai masalah otak atau mental seperti masalah daya ingatan.  Terdiri daripada dua komponen penting iaitu flavonoid dan terpenoid. Antara fungsi herba  ini ialah :
1.  Meningkatkan pengaliran darah ke dalam penis seterusnya menyokong dan mengekalkan ereksi.
2.  Menguatkan daya ingatan.
3.  Flavonoid mempunyai kesan antioksidan yang berpotensi tinggi dengan melindungi saraf, otot, jantung, saluran darah dan retina daripada rosak.
4.  Terpenoid memperbaiki aliran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.

4. GAMAT

Nama saintifiknya ialah Satichopus Chloronotus dan fungsi gamat ialah:
1.  Mengembangkan salur  darah dan melancarkan pengaliran darah.
2.  Meningkatkan metabolism dan memberi tenaga lebihan yang diperlukan. 

5. PUNCTURE VINE 

Digunakan dalam perubatan traditional china, india dan greek untuk wanita mandul,  lelaki mati pucuk dan kurang libido iaitu kurang nafsu seks bagi wanita dan lelaki. Antara fungsi herba ini ialah:
Meningkatkan sistem reproduktif lelaki dengan  meningkatkan hormon tertosterone serta penghasilan sperma dan libido.

6. DAMIANA

Di Mexico dan Amerika Selatan, Damiana digunakan sebagai herba Untuk merangsang nafsu seks dan anti kemurungan. Antara fungsi herba ini ialah meningkatkan fungsi saraf serta kepekaan pada bahagian genital dan seterusnya merangsang keinginan seks. 

7. WITHANIA

Herba ini digunakan oleh kaum India untuk fungsi saraf yang sihat iaitu berupaya melawan tekanan emosi dan meningkatkan tenaga seks 

Walaupun herba mempunyai banyak kegunaan namun nasihat daripada pakar perubatan juga perlu kerana ada juga herba yang tidak bersesuaian dengan sistem badan seseorang.

Sabtu, 16 Mac 2019

Shuren Shoppe Abdul Rahman Al-Auf


ABDUL RAHMAN BIN AUF - MODEL USAHAWAN ISLAM

Assalamualaikum w.b.t

Saya amat berminat untuk berkongsi bersama anda perikisah salah seorang sahabat Rasulullah yang mulia iaitu Abdul Rahman Auf.  Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang kaya dan termasyur pada zaman itu. Kebijaksaan beliau di dalam bidang perniagaan menjadikan beliau salah seorang Islam yang terkaya.  

Nama sebenar beliau ialah Amr.  Beliau telah menggunakan nama Abdul Rahman selepas memeluk Islam iaitu dua hari selepas Abu Bakar memeluk Islam.  Beliau berasal daripada keturunan Bani Zuhrah.  Dilahirkan pada tahun 580 Masihi di Mekah iaitu sepuluh tahun selepas Tahun Gajah.  Beliau memeluk Islam melalui Saiyidina Abu Bakar r.a.  Beliau wafat pada tahun 32 Hijrah bersamaan tahun 654 Masihi ketika berumur 74 tahun.

Sewaktu umat Islam berhijrah ke Madinah, beliau mengikut ekspidisi tersebut.  Setelah sampai di Madinah, beliau telah dipersaudarakan oleh Rasulullah dengan seorang sahabat dari golongan Ansar iaitu Sa'ad ibn Ar-Rabah.  Beliau merupakan ahli jawtankuasa Syura yang berenam.  Sewaktu pemilihan khalifah ketiga selepas peristiwa pembunuhan Umar Al-Khattab, beliau merupakan salah seorang calonnya.  Namun Abdul Rahman enggan sebaliknya menetapkan pemilihan khalifah jatuh kepada Uthman bin Affan.

Abdul Rahman terkenal sebagai seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sanggup berkorban dan berjihad di jalan Allah s.w.t.  Beliau sanggup menyumbangkan barang-barang keperluan yang dimuatkan di atas 700 ekor unta kepada penduduk Madinah.  Beliau juga menjual tanahnya dengan harga 40 ribu dinar dan membahagikan harta tersebut kepada kaumnya, isteri-isterinya dan fakir miskin.  Selain itu juga, Abdul Rahman memberi sumbangan dari segi kewangan dan barangan ketika Perang Tabuk iaitu sebanyak 200 tahil emas, 500 ekor kuda perang dan 1500 ekor unta tunggangan.  Begitu juga kebaikan beliau terbukti apabila menyedekahkan 400 dinar kepada setiap bekas tentera Perang Badar  yang masih hidup iaitu seramai 100 orang.

Beliau pernah dilantik oleh Baginda Rasulullah untuk mengimami solat subuh dengan dihadiri oleh Baginda.  Beliau juga menyertai dalam beberapa siri peperangan seperti Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk.  Abdul Rahman merupakan lambang kejayaan umat Islam di dalam bidang urusniaga dan perdagangan terutama ketika bidang ekonomi dimonopoli oleh orang Yahudi.

Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf

1.  Jual Pada Harga Kos


Beliau menggunakan strategi jualan pada harga kos.  Ya, unta-unta beliau dijual pada harga kos, bermakna beliau langsung tidak ada keuntungan.  Berkesankah strategi seperti ini? Hasilnya, semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman bin Auf.  Beliau langsung tidak mengambil keuntungan denga hasil jualan unta. Namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab :-

"Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta.  Unta dijual pada harga kos.  Tetapi, keuntungan diambil dari menjual 'tali pengikat unta".

Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga.  Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermcam-macam warna.  Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.  Sebenarnya, pada zaman ini ramai perniaga yang menggunakan strategi ini, lebih lagi peniaga yang mempunyai modal pusingan yang besar.

2.  Syukur Walau Untung Sedikit


"Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit"

Frasa di atas sangat memberikan kesan yang positif bagi para usahawan dalam mengatur strategi perniagaan.  Jangan sesekali ambil mudah soal keuntungan yang bakal diambil dari pembeli dan jangan pula mengambil mudah soal halal dan haram dalam perniagaan.  

Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai kos tanggungan seperti kos penghantaran, kita harus bijak mengira kos supaya keuntungan dapat ditampung walaupun kos penghantaran produk biasanya tidaklah seberapa.  Dari segi halal haram, jangan pula ada unsur riba dalam menguruskan perniagaan.

3.  Jangan Seksa Pelanggan

"Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta"

Sekiranya ada permintaan, beliau akan sedaya upaya mendapatkan barangan yang diminta oleh pelanggan.  Strategi ini boleh diaplikasikan dalam pernigaan yang dijalankan.  Ada setengah usahawan yang bersikap malas dan mengambil mudah perkara ini.  Perniaga yang bijak tidak akan mudah melepaskan pelanggan seperti ini, sebaliknya akan berusaha sedaya upaya mendapatkan bekalan barangan yang diminta dari jaringan rakan-rakan perniagaannya yang lain.

4.  Sila Bayar Tunai

"Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran"

Abdul Rahman bin Auf tidak mengamalkan cara tangguhan bayaran yang rata-rata ramai kalangan para peniaga yang mengamalkan teknik ini.  Beliau menjalankan perniagaan dalam bentuk tunai.  Dengan mempercepatkan bayaran perniaga akan mendapat pusingan modal dengan lebih cepat dan mudah untuk digunakan bagi membeli barangan yang baru untuk dijual.

Seterusnya timbul pula persoalan mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah s.a.w di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan pernigaan dengan peniaga yahudi atau orang bukan Islam di madinah?  Rahsia penting yang harus peniaga Islam ketahui ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana perniagaan diketuai oleh Saiyidina Abdul Rahman bin Auf r.a sendiri akan bermunajat kepada Allah dan Rasul untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka.  

Mereka akan melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir, wirid, membaca al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan pertolongan dan pimpinan daripada Allah.  Maka mereka medapat mukjizat Rasulullah s.a.w mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga yang disuruh oleh Allah s.w.t.

Mereka dapat menawan hati penduduk Madinah.  Para penduduk Madinah mula beralih daripada perniagaan yahudi kepada perniagaan pimpinan Abdul Rahmah bin Auf.  Beliau juga memupukkan rasa kasih sayang sesama perniaga dan para pelanggan.  Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar.  Maka akhirnya perniaga yahudi mula meninggalkan kota Madinah.

Begitulah kehebatan strategi perniagaan yang diamalkan oleh Abdul Rahman bin Auf yang harus dijadikan contoh kepada kita lebih-lebih lagi sebagai perniaga.  Hamka amat tertarik dengan jawapan yang telah diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf.  Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, maka beliau akan menjawab,

"Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati"

Kehebatan beliau dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi.  Sejarah pernah merekodkan bahawa beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja.  Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja.  Setiap seutas tali itu, beliau mendapat untung atu dirham.  Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu dirham dalam satu hari.  Beliau benar-benar melaksanakan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis Baginda,

"Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu merupakan 9/10 daripada rezeki' (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Kesimpulan

1.  Jangan menolak rezeki walaupun sedikit

Adakala kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita.  Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. rezeki masih menyebelahi kita walaupun sedikit.

2.  Percepatkan segala urusan jual beli

Percepatkan segala urusan terhadap pelanggan.  Terbukti dari zaman dahulu hingga kini kelajuan dan kepantasan menangani masalah dan pelanggan dalam perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.  Pelanggan pula akan suka kepada perniaga sebegini.  Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan buat kali kedua dan seterusnya.

3.  Urusniaga dalam tunai

Segala urusan perniagaan adalah dalam bentuk tunai sahaja.  Dengan cara ini pusingan modal dan pembelian barangan baru akan dapat dijalankan oleh perniagaan dan ini juga akan menyenangkan pembeli kerana barang akan sentiasa ada.

Semoga artikal ini akan memberi manfaat serta panduan kepada usahawan di luar sana. Contohi sahabat Rasulullah ini iaitu Abdul Rahman bin Auf di dalam menjalan perniagaan yang diberkati dan jadikan perniagaan satu pendapatan dan sebagai sumber keredhaan Allah.  In Sha Allah.

Related image











Khamis, 14 Mac 2019

Shuren Shoppe Video Herba

Assalamualaikum w.b.t
Herba merupakan makanan penting sejak zaman berzaman lagi. Pada masa dahulu tidak dinafikan bahawa nenek moyang kita sudah tentu mengamalkan pemakanan herba untuk menjaga kesihatan dan pencegahan pelbagai penyakit.   Pengamalan pemakanan herba ini sebagai penyebab umur mereka panjang dan sentiasa kelihatan sihat, kuat dan juga cantik.  Namun pada hari ini pemakanan herba sudah hampir dilupai oleh ganerasi kini kerana terdapat ubat-ubatan lain yang mudah untuk didapati. Atas kesedaran di bawah ini saya sertakan beberapa petikan video mengenai pemakanan herba yang penting untuk penjagaan kesihatan dan juga pelbagai khasiat yang terkandung didalamnya..  Semoga memberi manfaat kepada semua.
















Semoga memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna kepada anda semua.  Jadikan herba sebagai pemakanan sihat anda.  In Sha Allah.  Wassalam.




Khamis, 7 Mac 2019

Shuren Shoppe Produk


SHUREN SHOPPE PRODUK


Shower Gel Daun Bidara Limau Purut (RM16.00)
Sabun Buku Bidara Limau Purut (RM20.00)
  
Daun Rerama (RM7.00)
Mahkota Dewa (RM7.00)
Matcha Green Tea Cookies (RM20.00)

Sugar & Cinnemon Cookies (RM20.00)
Viennese Butter Cookies (RM20.00)

Sabun Buku Ros (RM15.00)
Sabun Buku Carrot (RM15.00)
Body Mist (RM20.00)
Body Mist (RM20.00)

Kerepek Tomato/Cheeze (Paket RM4.00))
Kerepek Cheeze (Balang Besar RM12.00))
Kerepek Tomato (Balang Besar RM12.00)


Kerepek Roda (Balang Kecil RM5.00)
Assalamulaikum w.b.t

Segala pembelian hendaklah dibank in ke dalam akaun :-


MOHD SUHAIRIN BIN ADAM
NO. AKAUN : 114105212455
MAYBANK

Sila wassup slip pembayaran ke :

No H/P : 0133492646

Penghantaran melalui poslaju akan dibuat setiap hari rabu dan setelah mendapat slip bukti pembayaran.

Penghantaran sekitar Kajang, Semenyih dan Bandar Baru Bangi akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00.  Penghantaran akan dibuat setelah mendapat bukti pembayaran.

MSA IKRAR ENTERPRISE
H-13-3, JALAN KAJANG UTAMA 3/8
TAMAN KAJANG UTAMA
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Selasa, 5 Mac 2019

Shuren Shoppe Cookies

Shuren Shoppe Cookies


Assalamualaikum w.b.t


Shuren Cookies yang enak dan rangup.  Terdapat tiga perasa yang pasti untuk anda menikmatinya berkali-kali.  Dengan adunan istimewa daripada bahan-bahan yang terbaik dan terpilih akan membuatkan anda merasa wow!!!. Di sediakan di dalam balang yang cantik dan menawan.  Amat sesuai untuk kudapan semasa bersantai juga hidangan kepada para tetamu serta amat sesuai semasa menyambut hari perayaan. Sudah pasti rasa yang Lazat Melekat.....

Sugar & Cinnamon Cookie (RM20.00)

Matcha Green Tea Cookie (RM20.00)

Viennese Butter Cookies (RM20.00)







Assalamulaikum w.b.t

Segala pembelian hendaklah dibank in ke dalam akaun :-


MOHD SUHAIRIN BIN ADAM
NO. AKAUN : 114105212455
MAYBANK

Sila wassup slip pembayaran ke :

No H/P : 0133492646

Penghantaran melalui poslaju akan dibuat setiap hari rabu dan setelah mendapat slip bukti pembayaran.

Penghantaran sekitar Kajang, Semenyih dan Bandar Baru Bangi akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00.  Penghantaran akan dibuat setelah mendapat bukti pembayaran.

MSA IKRAR ENTERPRISE
H-13-3, JALAN KAJANG UTAMA 3/8
TAMAN KAJANG UTAMA
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN










Isnin, 4 Mac 2019

Shuren Shoppe Link

SHUREN SHOPPE LINK



Assalamualaikum w.b.t
Semoga anda semua di dalam perlindungan Allah s.w.t
Di dalam kehidupan, kita tidak dapat lari daripada meningati sejarah samada ianya terjadi kepada diri kita sendiri atau sejarah itu terjadi kepada orang lain.  Namun apa pun, sejarah merupakan peristiwa yang boleh menjadikan sebagai iktibar atau peristiwa yang ingin kita mengulanginya semula.  Di bawah ini merupakan beberapa link yang selalu saya lawati kerana saya amat tertarik dengan pengisian yang disediakan.  Oleh itu saya ingin berkongsi pengetahuan dan pembacaan saya bersama anda semua.


Bagi sesiapa yang meminati sejarah dan ingin mengetahui secara lebih mendalam mengenai Bangsa Melayu boleh pergi ke link di atas.  Kesediaan kupasan yang menarik beserta dengan fakta-fakta serta kajian periwayatan Bangsa Melayu.  Seolah kita berada di suasana dan waktu yang berlainan.


Penyediaan teks mengenai Islam dan perkara yang berkaitan dengan Islam.  Untuk penambahan ilmu mengenai Islam dan berkaitan dengannya.



Ini juga salah satu link yang saya minati.  Terdapat didalamnya kata-kata motivasi untuk pelbagai bidang.  Juga tulisan yang menarik berkaitan dengan Islam untuk dijadikan panduan.


Didalamnya terdapat banyak kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan teladan dan sempadan. 


Link yang tidak dapat tidak untuk kita lawati.  Sunnah Rasulullah yang amat perlu untuk kita contohi bagi menjalani hidup di dunia.


Semangat kenegaraan di setiap penulisan.  Ya semangat ini perlu ada pada diri setiap insan yang sayang akan negara tercinta.


Segala penulisan dan tinta yang berkaitan dengan Islam serta rangkuman peristiwa yang berlaku di persekitaran samada di dalam dan di luar negara.

Semoga hidup kita diberkati Allah. Amin.

Shuren Shoppe Herbs Quotes

SHUREN SHOPPE HERBS QUOTES


Image result for herbs quotesImage result for herbs quotesImage result for herbs quotesImage result for herbs quotesImage result for herbs quotesImage result for herbs quotesImage result for herbs quotes
ShurenShoppe

Ahad, 3 Mac 2019

Shuren Shoppe Herba

SHUREN SHOPPE HERBA

Image result for sejarah herba

Kebaikan Herba

Herba merupakan salah satu bahan yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada umat manusia.  Manusia telah menggunakan herba sebagai bahan pemakanan, perubatan atau kecantikan sejak berkurun lamanya.  Hampir kesemua masyarakat di dunia ini mengamalkan penggunaan herba dan mereka percaya bahawa herba mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit rohani dan jasmani juga penyakit zahir dan batin.  Di dalam masyarakat Melayu juga tidak ketinggalan dan amat sinonim dengan penggunaan herba ini terutama di dalam pengamalan perubatan..

Banyak kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa herba memainkan peranan yang penting di dalam penyembuhan pelbagai penyakit.  Pada zaman Mesir kuno juga telah membuktikan bahawa herba memainkan peranana yang penting di dalam penyediaan makanan, perubatan, kecantikan malahan di dalam pembungkusanan mummy mereka.  Merekan percaya bahawa dengan penggunaan herba dapat melewatkan proses pereputan.

Bagi masyarakat Melayu pula penggunaan herba ini telah lama digunakan untuk mengubati penyakit.  Bagi masyarakat Melayu sebahagian besar tumbuhan yang berubat dan yang boleh dijadikan ramuan dalam mengubati penyakit boleh ditemui di sekitar kawasan rumah kerana tanaman ini boleh tumbuh dengan subur di sini.

Ada juga tanaman ini ditanam untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan dan untuk dijadikan sebagai ubat.  Untuk menjadikan ubat tanaman herba ini biasanya disediakan dengan mencampurkan dengan beberapa jenis tumbuhan dan bahagian-bahagian yang tertentu supaya lebih mujarab dan disertakan dengan bacaan doa.

Bahagian yang sering digunakan termasuk akar, batang, bunga, pucuk dan daun.  Bahagian ini biasanya direbus dan diminum airnya.  Ada juga tumbuhan herba ini dijadikan sebagai minyak sapuan untuk bahagian luar badan dengan proses yang tertentu dan terdapat juga bahagian tumbuhan yang diasah dan disapukan airnya kepada bahagian yang sakit.

Setiap tumbuhan yang ingin digunakan sebagai ubat hendaklah dikenalpasti dengan betul kerana tumbuhan yang berbeza mungkin akan membuat khasiat yang berbeza dan ada juga yang boleh memudaratkan.  Tumbuhan herba sebagai ubatan juga perlu diambil dalam sukatan yang ditentukan kerana sukatan yang berlebihan, besar kemungkinan akan memberi kesan sampingan yang tidak baik.  Oleh itu setiap ubatan yang dihasilkan daripada tumbuhan mestilah disediakan dan diambil dengan cara dan sukatan yang betul.

Image result for herbs quotesImage result for herbs quotes


Karnival Raya Malakat Mall

As salam.... Alhamdulillah.... Syukur ke atas rahmat Allah yang Maha Luas kerana dapat bersama dengan Malakat Mall untuk Karnival Raya ...