Masa

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihat untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" Al-'Asr : 1 - 3.

Ahad, 3 Mac 2019

Shuren Shoppe Herba

SHUREN SHOPPE HERBA

Image result for sejarah herba

Kebaikan Herba

Herba merupakan salah satu bahan yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada umat manusia.  Manusia telah menggunakan herba sebagai bahan pemakanan, perubatan atau kecantikan sejak berkurun lamanya.  Hampir kesemua masyarakat di dunia ini mengamalkan penggunaan herba dan mereka percaya bahawa herba mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit rohani dan jasmani juga penyakit zahir dan batin.  Di dalam masyarakat Melayu juga tidak ketinggalan dan amat sinonim dengan penggunaan herba ini terutama di dalam pengamalan perubatan..

Banyak kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa herba memainkan peranan yang penting di dalam penyembuhan pelbagai penyakit.  Pada zaman Mesir kuno juga telah membuktikan bahawa herba memainkan peranana yang penting di dalam penyediaan makanan, perubatan, kecantikan malahan di dalam pembungkusanan mummy mereka.  Merekan percaya bahawa dengan penggunaan herba dapat melewatkan proses pereputan.

Bagi masyarakat Melayu pula penggunaan herba ini telah lama digunakan untuk mengubati penyakit.  Bagi masyarakat Melayu sebahagian besar tumbuhan yang berubat dan yang boleh dijadikan ramuan dalam mengubati penyakit boleh ditemui di sekitar kawasan rumah kerana tanaman ini boleh tumbuh dengan subur di sini.

Ada juga tanaman ini ditanam untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan dan untuk dijadikan sebagai ubat.  Untuk menjadikan ubat tanaman herba ini biasanya disediakan dengan mencampurkan dengan beberapa jenis tumbuhan dan bahagian-bahagian yang tertentu supaya lebih mujarab dan disertakan dengan bacaan doa.

Bahagian yang sering digunakan termasuk akar, batang, bunga, pucuk dan daun.  Bahagian ini biasanya direbus dan diminum airnya.  Ada juga tumbuhan herba ini dijadikan sebagai minyak sapuan untuk bahagian luar badan dengan proses yang tertentu dan terdapat juga bahagian tumbuhan yang diasah dan disapukan airnya kepada bahagian yang sakit.

Setiap tumbuhan yang ingin digunakan sebagai ubat hendaklah dikenalpasti dengan betul kerana tumbuhan yang berbeza mungkin akan membuat khasiat yang berbeza dan ada juga yang boleh memudaratkan.  Tumbuhan herba sebagai ubatan juga perlu diambil dalam sukatan yang ditentukan kerana sukatan yang berlebihan, besar kemungkinan akan memberi kesan sampingan yang tidak baik.  Oleh itu setiap ubatan yang dihasilkan daripada tumbuhan mestilah disediakan dan diambil dengan cara dan sukatan yang betul.

Image result for herbs quotesImage result for herbs quotes


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Karnival Raya Malakat Mall

As salam.... Alhamdulillah.... Syukur ke atas rahmat Allah yang Maha Luas kerana dapat bersama dengan Malakat Mall untuk Karnival Raya ...