Masa

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihat untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" Al-'Asr : 1 - 3.

Sabtu, 16 Mac 2019

Shuren Shoppe Abdul Rahman Al-Auf


ABDUL RAHMAN BIN AUF - MODEL USAHAWAN ISLAM

Assalamualaikum w.b.t

Saya amat berminat untuk berkongsi bersama anda perikisah salah seorang sahabat Rasulullah yang mulia iaitu Abdul Rahman Auf.  Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang kaya dan termasyur pada zaman itu. Kebijaksaan beliau di dalam bidang perniagaan menjadikan beliau salah seorang Islam yang terkaya.  

Nama sebenar beliau ialah Amr.  Beliau telah menggunakan nama Abdul Rahman selepas memeluk Islam iaitu dua hari selepas Abu Bakar memeluk Islam.  Beliau berasal daripada keturunan Bani Zuhrah.  Dilahirkan pada tahun 580 Masihi di Mekah iaitu sepuluh tahun selepas Tahun Gajah.  Beliau memeluk Islam melalui Saiyidina Abu Bakar r.a.  Beliau wafat pada tahun 32 Hijrah bersamaan tahun 654 Masihi ketika berumur 74 tahun.

Sewaktu umat Islam berhijrah ke Madinah, beliau mengikut ekspidisi tersebut.  Setelah sampai di Madinah, beliau telah dipersaudarakan oleh Rasulullah dengan seorang sahabat dari golongan Ansar iaitu Sa'ad ibn Ar-Rabah.  Beliau merupakan ahli jawtankuasa Syura yang berenam.  Sewaktu pemilihan khalifah ketiga selepas peristiwa pembunuhan Umar Al-Khattab, beliau merupakan salah seorang calonnya.  Namun Abdul Rahman enggan sebaliknya menetapkan pemilihan khalifah jatuh kepada Uthman bin Affan.

Abdul Rahman terkenal sebagai seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sanggup berkorban dan berjihad di jalan Allah s.w.t.  Beliau sanggup menyumbangkan barang-barang keperluan yang dimuatkan di atas 700 ekor unta kepada penduduk Madinah.  Beliau juga menjual tanahnya dengan harga 40 ribu dinar dan membahagikan harta tersebut kepada kaumnya, isteri-isterinya dan fakir miskin.  Selain itu juga, Abdul Rahman memberi sumbangan dari segi kewangan dan barangan ketika Perang Tabuk iaitu sebanyak 200 tahil emas, 500 ekor kuda perang dan 1500 ekor unta tunggangan.  Begitu juga kebaikan beliau terbukti apabila menyedekahkan 400 dinar kepada setiap bekas tentera Perang Badar  yang masih hidup iaitu seramai 100 orang.

Beliau pernah dilantik oleh Baginda Rasulullah untuk mengimami solat subuh dengan dihadiri oleh Baginda.  Beliau juga menyertai dalam beberapa siri peperangan seperti Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk.  Abdul Rahman merupakan lambang kejayaan umat Islam di dalam bidang urusniaga dan perdagangan terutama ketika bidang ekonomi dimonopoli oleh orang Yahudi.

Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf

1.  Jual Pada Harga Kos


Beliau menggunakan strategi jualan pada harga kos.  Ya, unta-unta beliau dijual pada harga kos, bermakna beliau langsung tidak ada keuntungan.  Berkesankah strategi seperti ini? Hasilnya, semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman bin Auf.  Beliau langsung tidak mengambil keuntungan denga hasil jualan unta. Namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab :-

"Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta.  Unta dijual pada harga kos.  Tetapi, keuntungan diambil dari menjual 'tali pengikat unta".

Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga.  Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermcam-macam warna.  Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.  Sebenarnya, pada zaman ini ramai perniaga yang menggunakan strategi ini, lebih lagi peniaga yang mempunyai modal pusingan yang besar.

2.  Syukur Walau Untung Sedikit


"Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit"

Frasa di atas sangat memberikan kesan yang positif bagi para usahawan dalam mengatur strategi perniagaan.  Jangan sesekali ambil mudah soal keuntungan yang bakal diambil dari pembeli dan jangan pula mengambil mudah soal halal dan haram dalam perniagaan.  

Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai kos tanggungan seperti kos penghantaran, kita harus bijak mengira kos supaya keuntungan dapat ditampung walaupun kos penghantaran produk biasanya tidaklah seberapa.  Dari segi halal haram, jangan pula ada unsur riba dalam menguruskan perniagaan.

3.  Jangan Seksa Pelanggan

"Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta"

Sekiranya ada permintaan, beliau akan sedaya upaya mendapatkan barangan yang diminta oleh pelanggan.  Strategi ini boleh diaplikasikan dalam pernigaan yang dijalankan.  Ada setengah usahawan yang bersikap malas dan mengambil mudah perkara ini.  Perniaga yang bijak tidak akan mudah melepaskan pelanggan seperti ini, sebaliknya akan berusaha sedaya upaya mendapatkan bekalan barangan yang diminta dari jaringan rakan-rakan perniagaannya yang lain.

4.  Sila Bayar Tunai

"Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran"

Abdul Rahman bin Auf tidak mengamalkan cara tangguhan bayaran yang rata-rata ramai kalangan para peniaga yang mengamalkan teknik ini.  Beliau menjalankan perniagaan dalam bentuk tunai.  Dengan mempercepatkan bayaran perniaga akan mendapat pusingan modal dengan lebih cepat dan mudah untuk digunakan bagi membeli barangan yang baru untuk dijual.

Seterusnya timbul pula persoalan mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah s.a.w di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan pernigaan dengan peniaga yahudi atau orang bukan Islam di madinah?  Rahsia penting yang harus peniaga Islam ketahui ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana perniagaan diketuai oleh Saiyidina Abdul Rahman bin Auf r.a sendiri akan bermunajat kepada Allah dan Rasul untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka.  

Mereka akan melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir, wirid, membaca al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan pertolongan dan pimpinan daripada Allah.  Maka mereka medapat mukjizat Rasulullah s.a.w mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga yang disuruh oleh Allah s.w.t.

Mereka dapat menawan hati penduduk Madinah.  Para penduduk Madinah mula beralih daripada perniagaan yahudi kepada perniagaan pimpinan Abdul Rahmah bin Auf.  Beliau juga memupukkan rasa kasih sayang sesama perniaga dan para pelanggan.  Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar.  Maka akhirnya perniaga yahudi mula meninggalkan kota Madinah.

Begitulah kehebatan strategi perniagaan yang diamalkan oleh Abdul Rahman bin Auf yang harus dijadikan contoh kepada kita lebih-lebih lagi sebagai perniaga.  Hamka amat tertarik dengan jawapan yang telah diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf.  Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, maka beliau akan menjawab,

"Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati"

Kehebatan beliau dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi.  Sejarah pernah merekodkan bahawa beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja.  Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja.  Setiap seutas tali itu, beliau mendapat untung atu dirham.  Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu dirham dalam satu hari.  Beliau benar-benar melaksanakan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis Baginda,

"Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu merupakan 9/10 daripada rezeki' (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Kesimpulan

1.  Jangan menolak rezeki walaupun sedikit

Adakala kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita.  Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. rezeki masih menyebelahi kita walaupun sedikit.

2.  Percepatkan segala urusan jual beli

Percepatkan segala urusan terhadap pelanggan.  Terbukti dari zaman dahulu hingga kini kelajuan dan kepantasan menangani masalah dan pelanggan dalam perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.  Pelanggan pula akan suka kepada perniaga sebegini.  Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan buat kali kedua dan seterusnya.

3.  Urusniaga dalam tunai

Segala urusan perniagaan adalah dalam bentuk tunai sahaja.  Dengan cara ini pusingan modal dan pembelian barangan baru akan dapat dijalankan oleh perniagaan dan ini juga akan menyenangkan pembeli kerana barang akan sentiasa ada.

Semoga artikal ini akan memberi manfaat serta panduan kepada usahawan di luar sana. Contohi sahabat Rasulullah ini iaitu Abdul Rahman bin Auf di dalam menjalan perniagaan yang diberkati dan jadikan perniagaan satu pendapatan dan sebagai sumber keredhaan Allah.  In Sha Allah.

Related image











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Karnival Raya Malakat Mall

As salam.... Alhamdulillah.... Syukur ke atas rahmat Allah yang Maha Luas kerana dapat bersama dengan Malakat Mall untuk Karnival Raya ...